Perpustakaan Curtin Malaysia menjadi pilihan utama tempat belajar pelajar Tingkatan 5 menjelang SPM

Miri – 21 Februari 2023 – Sebagai salah satu universiti terkemuka di Malaysia, Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) kini membuka kemudahan perpustakaan kepada semua pelajar Tingkatan 5 di Miri terutamanya di kawasan sekitar Senadin dan Lutong bermula pada 20 Februari 2023 ini khususnya bagi para pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga pertengahan Mac 2023.

Perpustakaan Curtin University Malaysia memiliki koleksi buku, jurnal, majalah, dan sumber informasi elektronik yang lengkap dan terkini. Selain itu, perpustakaan ini juga dilengkapi dengan ruangan belajar dan ulangkaji yang selesa termasuklah dengan kemudahan Wi-Fi.

Bagi para pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi ujian SPM, perpustakaan Curtin University Malaysia boleh menjadi pilihan utama tempat mengulangkaji terutamanya bersama rakan-rakan.

Selain kemudahan yang lengkap, perpustakaan ini juga dibuka setiap hari, termasuk hari Sabtu dan Ahad dengan pelajar juga boleh memanfaatkan musim peperiksaan ini untuk berada di perpustakaan  dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM.

Selain itu, perpustakaan ini juga menyediakan suasana belajar yang selesa dan kondusif untuk pelajar fokus dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

Perpustakaan akan disediakan untuk pelajar dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

Inisiatif oleh Perpustakaan dan Jabatan Pengambilan Pelajar Domestik Curtin Malaysia ini adalah sebahagian daripada inisiatif khidmat masyarakat universiti yang berterusan. Diharapkan dengan kemudahan ini, para pelajar Tingkatan 5 boleh mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pustaka Curtin University Malaysia di 085-630037 atau 630038.

Informasi berkaitan Curtin Malaysia boleh didapatkan di dalam laman web www.curtin.edu.my atau melalui sosial media Curtin Malaysia di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, LinkedIn atau TikTok.

Perpustakaan moden di Curtin Malaysia